30 April 2015

Buat Baby Wipes Sendiri Tanpa Alkohol | DIY Baby Wipes

 Ibu-ibu yang ada anak kecil mesti guna tisu basah atau baby wipes untuk kegunaan harian kan?

Sekarang zaman kita berjimat cermat.. Harga barang kebanyakkannya semua naik tak turun-turun.. Esok pula dengar khabarnya minyak petrol naik harga lagi kan. eh ! esok ke? Kejap lagi ler.. hihii..

Zaman GST - kurangkan perbelanjaan, tambahkan pendapatan..  :) Mana yang boleh jimat, kita jimat-jimatkan.. Mana boleh tanam, kita tanam.. hihii.. rumah flat sekalipun, tanamlah dalam botol ESP tu. hahaa.. pokok kecik-kecik bolehlah kan..

Ok, berbalik pula pada cara nak buat baby wipes sendiri @ tisu basah tanpa bahan kimia. Senang je, bahan pun tak banyak, mudah didapati di pasaraya dan kedai-kedai runcit biasa.

Cara Buat baby wipes sendiri
Gambar Google

Bahan-bahan yang kita perlukan cuma,

  • Kertas tisu
  • 2 cawan Air
  • 2 sudu Mandian bayi @ baby wash - gunakan yang natural
  • 1 sudu Minyak bayi @ baby oil - gunakan yang natural
  • Bekas kedap udara untuk simpan wipes

Cara-caranya:

Potong Kertas Tisu di bahagian tengah. Bahagi dua. Letak sebahagian tisu ke dalam bekas, pastikan bekas yang muat dengan kertas tisu tersebut ye :)

Campurkan semua bahan cecair dan mix guna handwish atau sudu je pun boleh. Kacau sebati. eh ehhh...dah macam bancuh kek pulak ye..  ;)

Tuang cecair ke atas tisu dalam bekas tu,. tuang rata. biarkan dalam 10 minit sampai air menyerap ke semua bahagian tisu. 

Akhir sekali, keluarkan gegelung dalam tisu tu. Dan "homemade baby wipes" anda sedia digunakan!! 

Jimatkan mana yang boleh jimat.. SELAMAT MENCUBA!!
 

Nak lebih faham, boleh tonton video yang saya kongsikan di sini.. :)

 

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....